Nash Satay

Sate merupakan salah satu makanan yang popular tidak hanya di Sarawak, malah di seluruh Malaysia. Pelbagai jenis sate yang boleh anda dapati seperti ayam, daging, kambing, kulit dan sebagainya.
Sate biasanya dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi himpit adalah pelengkap kepada hidangan ini.
Terdapat sesetengah penjual akan menghidangkan sate bersama timun dan bawang merah, namun tidak semua penjual menyediakannya.

Salah satu gerai yang menghidangkan sate yang sedap dengan harga berpatutan adalah gerai Nash Satay. gerai boleh terletak di Mjays Cafe, Satok.




Terdapat 3 pilihan sate di Nash Satay iaitu ayam, daging dan kulit.
Hidangan pelengkap pula adalah nasi himpit dan lemang.



Facebook Mjays Cafe : klik sini 



Harga yang berpatutan


Pro

  • Rasa yang sedap (sila rujuk nota kaki)
  • Harga yang berpatutan
  • Owner yang peramah
  • HIdangan siap dengan cepat (boleh minta untuk sate di panaskan sebelum dihidang)
  • Kuah kacang lebih tanpa cas.

Cons

  • Pilihan sate yang terhad
  • sate kulit cepat habis (laku keras)



Nota kaki:
Rasa adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang menilai rasa secara berlainan. Mungkin terdapat orang yang merasa sesuatu makanan itu sedap tetapi tidak bagi orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Comments